Monday, March 04, 2013

Salam dari Pejuang Bangsa..

Pagi tadi dalam jam 7.41am waktu semenanjung, aku menerima panggilan daripada seorang sahabat:

Sahabat : Assalamualaikum ya habib ku-chik

Aku : Waalaikumsalam

Sahabat : Aku nak mintak tolong skit boleh? Hati aku sedikit gementar dan tak tenang

Aku : Maksudnya? Aku tak faham. Tolong jelaskan

Sahabat : Aku bersama unit Paskau telah tiba di Lahad Datu semalam dan kami berkampung di sini dan kami bergerak menggempur tentera musuh. Tapi hati aku cukup gementar. Dan aku diberi cadangan oleh seorang kawan yang pernah ketemu mu dulu untuk berdoa buat kami semua.

Aku : MasyaAllah.. Tapi aku miskin

Sahabat : Doakan untuk kami! Untuk Malaysia! Untuk semangat, agama dan iman kami!

Aku : Letakkan tangan kamu di dada sebelah kiri serta ikut apa yang aku lafazkan

Bismillahi rahmani rahim. Bismillah. Wa Minallah. Wa Atallah. Wa birasulillah. Wa haulawala ku'wata i'labillah. Ashadu a'lailaha i'la Allah. Wa ashadu a'namuhammadun Rasulullah.

Baca ayat Kursi 7x dan tiup pada tubuh. Dan baca surah Al-Fil. InsyaAllah setiap peluru yang keluar itu ibarat lontaran burung ababil ke atas tentera bergajah.

Sahabat : Allahu Akbar 7x

Pesanlah buat sekalian rakyat Malaysia. Doakan kami.

"Hidup kami sebagai pejuang bangsa dan mati kami sebagai pahlawan ibunda"

Jangan sesekali mencemuh kami jika kalian tidak mampu berdiri sendirian di tengah-tengah padang pada malam gelap gelita. Tika hujan mencurah-curah dan petir sabar menyambar.

Doakan kami.

..........................................................................................................................................................................

Sumber : Bercinta Selepas Nikah



p/s :
Doakan keselamatan pasukan keselamatan tanahair kita kawan².. Semoga Malaysia sentiasa aman dan dilindungi Allah.. ALLAHU AKBAR!


No comments: