Setiap kali menjelang
1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya ‘pandang ke
barat’. Berbalik kepada perayaan April Fool’s Day ini, ia mula
dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak
berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya
runtuh diserang tentera-tentera Kristian.
Penduduk-penduduk Islam
diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing
untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak
berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr
Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh
berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang
keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh
dipelabuhan.
Orang-orang Muslim yang
risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan telah pergi
keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas
hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya
(1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke
perlabuhan.
Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk- penduduk Islam ini.
Mereka juga tidak sempat
untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya
menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya sama ada lelaki,
perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan
ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja diSepanyol tetapi juga di serata dunia.
Yang menyedihkan,
orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April
Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun
pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
Copy Paste dari http://detikislam.blogspot.com
No comments:
Post a Comment