Tuesday, April 15, 2014

Ahmad Ammar Ahmad Azam

السلام عليكم


  "Jika engkau mahukan teman, cukuplah Allah sebagai teman. Jika engkau mahukan musuh, cukuplah nafsu sebagai seteru. Jika engkau mahukan hiburan, cukuplah Al-Quran sebagai bacaan. Jika engkau mahukan nasihat, cukuplah mati sebagai penasihat.."

Siapa dia Ahmad Ammar? Ahmad Ammar (Allahyarham) adalah seorang pemuda Melayu yang syahid di bumi Turki pada 2 Nov 2013.. dilahirkan 15 Feb 1993, anak kepada pasangan bertuah Puan Nur Azlina Abdul Aziz dan juga mantan Presiden ABIM, Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman pergi pada usia yang muda sebagai pendakwah disebabkan oleh kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan untuk memberikan kuliah pertamanya bertajuk 'Ikhlas'.. dan pemergiannya ditangisi begitu ramai orang..

Jasad Allahyarham yang merupakan satu-satunya orang Malaysia, disemadikan di Tanah Perkuburan Eyub Sultan dan menghadap Lautan Golden Horn, di mana turut bersemadinya lebih 60 jasad para sahabat Nabi Muhammad SAW, para auliya', panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Masha Allah.. begitu mulia peribadi Allahyarham.. sehingga darjatnya di angkat oleh Allah SWT sebegitu tinggi..

Sungguh bertuah mendapat anak seperti Allahyarham.. sejuk perut ibu mengandung.. banyak sifat-sifat teladan yang dapat kita contohi dalam dirinya.. kepada yang ingin mengetahui lebih lanjut, bolehlah dapatkan buku Cerita Cinta Ahmad Ammar..

Semoga lebih ramai lagi insan-insan seperti Allahyarham lahir di kalangan kita.. Insya Allah..

Al-Fatihah..


** Salam kerinduan yang teramat sangat untuk arwah abah, Paiman bin Haji Salikon.. semoga roh arwah dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.. Amin.. Al-Fatihah..

No comments: